Tuesday 22 January 2013

Secangkir Bahasa Seindah Kata


Assalamualaikum Wbt. Salam Sejahtera. Salam 1 UMS Kampus Ceria.

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Kelab Kerjaya Universiti Malaysia Sabah.


Alhamdulillah, setelah sekian lama kelab ini ditubuhkan akhirnya dapat kami menyiapkan blog rasmi untuk kelab ini. Blog ini bertujuan untuk memudahkan para mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah terutamanya dan masyarakat luar untuk mengetahui berita terkini lebih lanjut berkenaan kelab kerjaya ini. Segala maklumat akan di kemaskini di laman blog ini, Like page, dan Group Facebook (FB) kelab kerjaya UMS. 

Kelab Kerjaya ini adalah dibawah naungan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaysia Sabah. Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk membentuk mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang lagi gemilang yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara serta mempunyai kualiti peribadi yang tinggi dan berdaya saing seiring dengan visi kelab kerjaya UMS.

Di samping itu, kelab ini akan melahirkan mahasiswa dan mahasiswi agar sentiasa berdisiplin, bertanggungjawab, prihatin, mahir, proaktif, cergas, berkepimpinan, berkemahiran, berdikari, berbudaya, berpatriotik, sentiasa berkhidmat, mempunyai daya juang yang tinggi, berfikiran positif dan 'softskill' yang hebat terutamnya dalam komunikasi dengan masyarakat luar.

kami berharap kelab ini akan terus maju dan berjaya sehingga dapat dikenali di seantero dunia. Terima kasih kerana melawat Laman web blog Kelab Kerjaya Universiti Malaysia Sabah. Maklum balas ke arah penambahbaikan daripada aspek pengisian dan penyampaian laman blog ini amat dialu-alukan. 

"Membina Kecemerlangan, Memacu Impian"

Unit Publisiti dan Media Kelab Kerjaya UMS


Terima Kasih Sudi Meluangkan Masa Anda! Teruskan Kecemerlangan Diri!

No comments: