Wednesday 23 January 2013

Salam Maulidurrasul 1434H


Assalamualaikum WBT. Kesempatan ini, warga Kelab Kerjaya Universiti Malaysia Sabah mengucapkan selamat menyambut Maulidurrasul 1434H. 


Alhamdulillah. Syukur kita masih diberi kesempatan untuk menyambut hari bersejarah bagi umat Islam iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad yang jatuh pada tanggal 12 RabiulAwal. Sempena dengan Maulidur Rasul kali ni, mari kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda. Mudah mudahan kita dapat menyampaikan rasa cinta kita kepada Rasul junjungan.

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu" Al-Nasai & Ibnu Hibban

-Membina Kecemerlangan, memacu impian-

Unit Publisiti dan Media Kelab Kerjaya UMS


Terima Kasih Sudi Meluangkan Masa Anda! Teruskan Kecemerlangan Diri!

Tuesday 22 January 2013

Kem Kembara Ilmu dan Titian Amal

Bismillahirrahmanirrahim. 



Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya juga kelab kerjaya UMS bejaya membawa nama Universiti Malaysia Sabah ke Kampung Sualai Jalan Punang di Lawas Sarawak pada tarikh 15 dan 16 Disember 2012 bersama pegawai pengiring Jabatan bimbingan dan Kaunseling Puan Carrie Grace. Segalanya berjalan dengan lancar pada hari tersebut. Ahli-ahli jawatankuasa memberikan kerjasama yang sangat tinggi.

Majlis Penyerahan Anak Angkat kepada Keluarga Angkat (Pengarah Program dan Presiden Kelab Kerjaya UMS)
Ahli bertungkus lumus membersihkan Dewan Kampung Sualai

Penyerahan Cenderahati kepada Penghulu dan Ketua Kampung Sualai

Ramah mesra bersama Orang Kampung

Hasil usaha sama dalam kalangan ahli amat penting dalam melaksanakan sesuatu tugas ataupun tanggungjawab. Ingat wahai remaja di luar sana, biarpun kita berlainan bangsa ataupun agama ianya bukan penghalang bagi kita untuk bekerja didalam satu team. Kesefahaman, penghormatan dan timbang rasa di antara satu dengan yang lain adalah aspek penting dalam menentukan keberhasilan usaha yang kita buat. biar penat, namun penat bukan beban untuk kita malah ianya satu kemuncak motivasi dalam diri kita untuk mencapai kecemerlangan di dalam hidup. Semoga berjaya wahai remaj-remaja di luar sana kejarlah kerjaya anda. sekadar perkongsian bersama.

"Membina Kecemerlangan, Memacu Impian"

Unit Publisiti dan Media


Terima Kasih Sudi Meluangkan Masa Anda! Teruskan Kecemerlangan Diri!

Secangkir Bahasa Seindah Kata


Assalamualaikum Wbt. Salam Sejahtera. Salam 1 UMS Kampus Ceria.

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Kelab Kerjaya Universiti Malaysia Sabah.


Alhamdulillah, setelah sekian lama kelab ini ditubuhkan akhirnya dapat kami menyiapkan blog rasmi untuk kelab ini. Blog ini bertujuan untuk memudahkan para mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah terutamanya dan masyarakat luar untuk mengetahui berita terkini lebih lanjut berkenaan kelab kerjaya ini. Segala maklumat akan di kemaskini di laman blog ini, Like page, dan Group Facebook (FB) kelab kerjaya UMS. 

Kelab Kerjaya ini adalah dibawah naungan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaysia Sabah. Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk membentuk mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang lagi gemilang yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara serta mempunyai kualiti peribadi yang tinggi dan berdaya saing seiring dengan visi kelab kerjaya UMS.

Di samping itu, kelab ini akan melahirkan mahasiswa dan mahasiswi agar sentiasa berdisiplin, bertanggungjawab, prihatin, mahir, proaktif, cergas, berkepimpinan, berkemahiran, berdikari, berbudaya, berpatriotik, sentiasa berkhidmat, mempunyai daya juang yang tinggi, berfikiran positif dan 'softskill' yang hebat terutamnya dalam komunikasi dengan masyarakat luar.

kami berharap kelab ini akan terus maju dan berjaya sehingga dapat dikenali di seantero dunia. Terima kasih kerana melawat Laman web blog Kelab Kerjaya Universiti Malaysia Sabah. Maklum balas ke arah penambahbaikan daripada aspek pengisian dan penyampaian laman blog ini amat dialu-alukan. 

"Membina Kecemerlangan, Memacu Impian"

Unit Publisiti dan Media Kelab Kerjaya UMS


Terima Kasih Sudi Meluangkan Masa Anda! Teruskan Kecemerlangan Diri!